Selasa, 17 Januari 2012

wonderdress promo


Flat rate shipping + 20% off!!

Ahad, 16 Mei 2010

pengikut sekalian

nampaknya bilangan korang bertambah. korang ni memang baca blog aku ke? dahlah merapu nak mampus oke.

Sabtu, 6 Februari 2010

tek a brek tek a kit kat

wah, sungguh lama tidak dihapdet blog yang masam dan kusam ini. Blog ini blog yang penuh emosi. Jadi, maknanya, sudah lama aku tidak beremosi. Muahaha. Itu memang penipu besar.

Aku terasa aneh, sebabnya, blog yang sangat taik ni ada pengikut. Sungguh Aneh Bin Hairan Bin Pelik. Hmm...

Apakah korang suka membaca benda yang merapurapik, atau anda suka membaca kesengsaraan emosi orang lain? Wah, kejam sungguh kamu ya? HAHA

Ye, satu lagi entri yang aneh dari aku.

Bai.

Khamis, 5 November 2009

aku berleter panjang.

Dalam kumpulan saya ada 2 orang perempuan. Kedua-dua baik. Tapi satu ni macam sial sikit, mulut bising. Namanya, Bimbim. Satu lagi ni macam bahlul. Cakap apa pun tak faham, tapi buat-buat faham. Nama dia Lila.

Adalah alkisah, ditujukan kerja untuk kami buat. Makanya sebagai ketua yang mithali dan hebat memakai jaket kulit ála biker, kerja telah dibahagi sama rata. Yang IQ kurang, diberi kerja mudah, yang hebat, diberi kerja yang dahsyat.

Kami berempat yang awesome membuat kerja dengan bahagia sekali. Ada sekali tersedak, tapi mampu diatasi dengan lancar tanpa memerlukan sebarang pelincir. Pendek kata, perjalanan, walaupun memerlukan perhatian yang tinggi tetapi keseluruhannya mudah. Tidak bagi Bimbim dan Lila. Perlu diberitahu satu persatu apa yang perlu dilakukan.


Bimbim, membuat slides yang aku rasa Aida adik 7 tahun aku boleh buat lagi hebat. Aku suruh buat process. Process, secara tak langsung bermaksud sequence. Tapi dia susun secara rambang tanpa diskripsi. Si Lila ni pula. Nak disuruh baru buat. Sudah punya pengalaman bekerja di firma arkitek masih terlalu bodoh kah?

Aku: Lila, sudah print?

Lila: eh, Aisyah, kedai print kat bawah tu, autocad tak compatible?

Aku: So? tak boleh convert kepada image file?

Lila: ... *muka blur*

Aku: jpeg? IMAAAAGEEE....?

Lila: ....

*5 minit kemudian*

Lila: ooooooooh

Aku: YA ALLAH YA TUHANKU!

Aku tidak mengambil tahu apa yang Lila hasilkan. Entah betul entah tidak. Aku malas nak melayan, disuruh Meera yang genius dan berkaliber itu sahaja yang semakkan. Aku sendiri masa itu pening dengan Bimbim yang tidak punya common sense, sibuk membuat semula presentation, dan sengaja aku tukar nama sebenarnya dari Nik kepada Dik. Kau faham kan maksudnya?

Kami yang hebat membuat kerja bertungkus-lumus, menghadirkan diri ke studio dari awal pagi sehingga dikacau hantu, tapi mereka buat kerja macam taik tapi berlagak bagai telah membuat kerja setinggi gunung.

Aku ceritakan ketidakpercayaan aku terhadap wujudnya spesis yang terlalu bodoh, tapi kata ibu,"memang wujud orang begitu. Tunggu masa je nak drop out tu. Architecture ni untuk orang boleh berfikir sahaja"

bitch jugak ibu ni. haha sayang ibu.

Sabtu, 24 Oktober 2009

sangap

fokus, fokus. jangan merepek-repek.

apa nak buat ni, aduh.

oh, gula. gula tu bagus. TWIX! TWIXXXX.

Sabtu, 12 September 2009

Maaf.

Assalamualaikum,

saya disini ingin meminta maaf atas segala kesilapan yang telah saya lakukan. walaupun saya tidak meluahkan kepada orang yang sebenarnya saya penah buat salah, tapi, saya menyesal.

Saya pernah lukakan hati mak bapak saya banyak kali.
Mintak ampun.

saya pernah lukakan hati adik-adik saya.
Maaf adik-adik. Walaupun Aisyah tak pernah cakap, tapi Aisyah sayang korang. Maaf kalau Kak Long tak layan Aida sebab kadang2 kak long sibuk buat kerja. Maaf ye sayang.


Saya pernah lukakan hati kawan-kawan.
Saya pernah lupa janji, lupa budi. maaf kawan-kawan.

Saya pernah mengumpat.
Maaf.

Saya pernah mengkhianat orang.
Maaf.

Saya pernah mencuri.
Maaf.

Saya pernah menipu. Banyak kali.
Maaf, maaf, maaf, maaf, maaf.

Saya pernah menipu diri sendiri. Dan aku sendiri sukar memaafkan diri.

Saya pernah melawan cakap guru, cakap orang tua.
Maaf.

Saya pernah bercakap kasar dengan orang yang saya tidak sukai.
Maaf, kerana mereka tidak layak menerima layanan sebegitu semata-mata kerana mereka bercakap terlampau banyak.


Saya selalu berkasar bahasa. Sama ada sengaja atau tak sengaja.
Maaf.

Maaf semua orang.

Dosa aku dengan Allah, antara aku dengan Dia. Dosa aku dengan manusia?

Iklan Sekejap



Jumaat, 4 September 2009

Semester ini antara hidup dan mati.

Tadi, setelah membaca reviu lens, Canon EF-S-10-22 aku meluru berlari kearah ayahku yang sedang bergolek atas lantai bersama umi dan adik kecilku. Lalu, aku terus menggelongsor ke atas lantai sehingga mendarat di bawah ketiak ayah, sambil berkata manja, "Ayaaaaah...."

"TIDAK BOLEH!" kata ayah yang sudah masak dengan perangaiku.

"er...hehehe..." kataku.

"Taaaak boleh!" kata ayahku lagi.

Umi hanya mentertawakan kerenah ayah.

"Ayaaaaah, nak beli wide lens" .

"Wide lens tu apa benda?"

"alaa, lens la. Tapi wide angle. Boleh muat satu bangunan. So lagi best ah"

"Dapatkan semua A boleh?"

"er... boleh" kataku perlahan

"dah dapat semua A, baru boleh"

"ala... lambatnya"

"nak cepaaat je awak ni"

"ehehe..."

"berapa harga dia?"

"dlm RM3000"

"APA!!!!!!" kata Ayah terkejut. "ayah ingat, RM400 je. HAHA"

"oh. hehe"

"kalau RM3000, dapat semua A barulah boleh, kan ayah kan?" kata umi.

Sebenanya, aku sudah lama mahu menyuarakan keinginan ini, tetapi, disebabkan aku ni penakut haram cam ayam bab nak meminta ini, aku pendamkan saja. Cuma tadi, aku lebih spontan, makanya aku tidak kelu.

Hmm, nampaknya Semester kedua ini, aku perlu serius. Aisyah, BERTINDAK SEKARANG!

Sabtu, 29 Ogos 2009

untuk perempuan seksi.

Ini adalah untuk perempuan seksi atau lelaki kepada perempuan seksi. Yang lelaki, jangan nak menggatal untuk kelihatan seperti perempuan seksi. Haram hukumnya.

silalah menjenguk ke STUDfetish


sehingga berjumpa lagi, ;D

Khamis, 9 Julai 2009

mau makan apa?

nak makan roti, butter and jam takde.

nak beli nasi, lauk2 kat kedai semua mesti dah habis.

nak masak, ikan takde.

daging ada, tapi tatau masak.

karipap ada, tapi sardin. tak best.

oatmeal ada. tapi susu habis. tak best.

McD dekat, tapi takut gemuk. kata nak get in shape and stuffs.

Burger King pun boleh gak. tapi same reason as above.

Subway? hmm best. tapi jauh. 15mins of driving. Malas.

So what now?