Adalah alkisah, ditujukan kerja untuk kami buat. Makanya sebagai ketua yang mithali dan hebat memakai jaket kulit ála biker, kerja telah dibahagi sama rata. Yang IQ kurang, diberi kerja mudah, yang hebat, diberi kerja yang dahsyat.
Kami berempat yang awesome membuat kerja dengan bahagia sekali. Ada sekali tersedak, tapi mampu diatasi dengan lancar tanpa memerlukan sebarang pelincir. Pendek kata, perjalanan, walaupun memerlukan perhatian yang tinggi tetapi keseluruhannya mudah. Tidak bagi Bimbim dan Lila. Perlu diberitahu satu persatu apa yang perlu dilakukan.
Bimbim, membuat slides yang aku rasa Aida adik 7 tahun aku boleh buat lagi hebat. Aku suruh buat process. Process, secara tak langsung bermaksud sequence. Tapi dia susun secara rambang tanpa diskripsi. Si Lila ni pula. Nak disuruh baru buat. Sudah punya pengalaman bekerja di firma arkitek masih terlalu bodoh kah?
Aku: Lila, sudah print?
Lila: eh, Aisyah, kedai print kat bawah tu, autocad tak compatible?
Aku: So? tak boleh convert kepada image file?
Lila: ... *muka blur*
Aku: jpeg? IMAAAAGEEE....?
Lila: ....
*5 minit kemudian*
Lila: ooooooooh
Aku: YA ALLAH YA TUHANKU!
Aku tidak mengambil tahu apa yang Lila hasilkan. Entah betul entah tidak. Aku malas nak melayan, disuruh Meera yang genius dan berkaliber itu sahaja yang semakkan. Aku sendiri masa itu pening dengan Bimbim yang tidak punya common sense, sibuk membuat semula presentation, dan sengaja aku tukar nama sebenarnya dari Nik kepada Dik. Kau faham kan maksudnya?
Kami yang hebat membuat kerja bertungkus-lumus, menghadirkan diri ke studio dari awal pagi sehingga dikacau hantu, tapi mereka buat kerja macam taik tapi berlagak bagai telah membuat kerja setinggi gunung.
Aku ceritakan ketidakpercayaan aku terhadap wujudnya spesis yang terlalu bodoh, tapi kata ibu,"memang wujud orang begitu. Tunggu masa je nak drop out tu. Architecture ni untuk orang boleh berfikir sahaja"
bitch jugak ibu ni. haha sayang ibu.
2 budak gila meraban:
dahsyat nya
pnah jadi macm ini,sekarang terpaksa lalui untuk 1 sem lagi .last -last nie.. harap-harap evrthng will be fine :) hope u too .wish u luck !
Catat Ulasan
Hello. Terima Kasih kerana sudi meningalkan komen.
PERHATIAN:
1. Sila tinggalkan nama anda.
2. Sila tinggalkan url atau email anda sekali.
3. Sila jangan biadap.
Yang ikhlas,
Aisyah Rozi.